Kata Kunci Pendidikan Moral SPM

Downloadable at Resources Widget (left side of my blog)

Nilai dan Kata kunci Pendidikan Moral SPM

Bil
Nilai
Pengertian nilai
Kata Kunci
1.1
Kepercayaan kepada Tuhan
keyakinan wjudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara
– keyakinan wujudnya Tuhan
– mematuhi surahanya
1.2
Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
– sikap bertanggungjawab
– menimbulkkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
1.3
Harga diri
Keupayaan dan keyakinan diri agara mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan
– memulia maruah diri
– menjaga maruah diri
1.4
Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
– memikul tugas
– melaksanakan tugas / kewajipan
1.5
Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
– beradab sopan
– berbudi pekerti mulia
1.6
Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
– bertolak ansur
– sabar
– mengawal diri
1.7
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
– kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu
– tanpa bergantung kepada orang lain
1.8
Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu
– usaha berterusan
– ketekunan / kecekalan/ kegigihan / dedikasi / berdaya maju
1.9
Kasih sayang
Kepekaaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
– kepekaan
– cinta mendalam
– cinta berkekalan
1.10
Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
– tindakan / keputusan saksama
– tidak berat sebelah
1.11
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
– boleh berfikir
– bertindak wajar
1.12
Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
– tidak keterlaluan
– tanpa amengabaikan kepentingan diri dan orang lain
2.1
Kasih sayang terhadap keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga
– cinta / kasih / sayang mendalam
– cinta / kasih / sayang berkekalan
2.2
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni
– memuliakan anggota keluarga
– berinteraksi/ memberi layanan bersopan
2.3
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga
– menerima sesuatu kebiasaan/ adat/ kepercayaan
– menghormati sesuatu kebiasaan/ adat/ kepercayaan
– mengamalkan sesuatu kebiasaan/ adat/ kepercayaan
2.4
Tanggungjawab terhadap keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga
– kewajipan terhadap keluarga
– melahirkan keluarga bahagia / meningkatkan imej / menjaga maruah keluarga
3.1
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem
– memelihara alam sekeliling
– memulihara alam sekeliling
3.2
Kaharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekitar supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar terpelihara
– hubungan harmonis
– kualiti kehidupan terpelihara
3.3
Kemapanan alam sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
– pengekalan keseimbangan alam sekeliling
– tanggungjawab bersama
3.4
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya
– prihatin persoalan alam sekeliling
– berusaha menyelesaikannya
4.1
Cinta akan negara
Perasaan sayang dan bangga akan negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
– sayang / bangga kepada negara
– kepentingan negara melebihi kepentingan diri
4.2
Taat setia kepada raja dan negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara
– kepatuhan berkekalan
– kesetiaan berkekalan
4.3
Sanggup berkorban untuk negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara
– kerelaan melakukan / menyerahkan sesuatu
– tanda kebaktian untuk negara
5.1
Melindungi hak kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna
– membela hak kanak-kanak
– memberi naugan kepada kanak-kanak
– memelihara hak kanak-kanak
5.2
Menghormati hak wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberikan sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara
– melindungi wanita
– mengiktiraf wanita
5.3
Melindungi hak pekerja
Menhormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara
– menghormati perkhidmatan / jasa/ sumbangan
– menghargai perkhidmatan / jasa/ sumbangan
– mengiktiraf perkhidmatan / jasa/ sumbangan
5.4
Menghormati hak golongan kurang berupaya
Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan
– memberi layanan bersopan
– mengiktiraf sebagai insan ciptaan Tuhan
5.5
Melindungi hak pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi
– membela hak pengguna
– memelihara hak pengguna
6.1
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada
– menerima peraturan / undang-undang
– mematuhi peraturan / undang-undang
6.2
Kebebasan bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
– kebebasan berucap dengan batasan
– mengeluarkan fikiran dengan batasan
6.3
Kebebasan beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
– kebebasan menganuti
– kebebasan mengamalkan
6.4

Penglibatan diri dalam pembangunan negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia
– bebas melibatkan diri
– mematuhi peraturan / undang-undang / Perlembagaan Malaysia
6.5
Sikap keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan  kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia
– memberi pandangan / pembaharuan / kritikan
– menerima pandangan / pembaharuan / kritikan
7.1
Hidup bersama secara aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya
– hidup berbaik-baik
– mengutamakan kedamaian / keharmonian
7.2
Saling membantu dan bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat
– usaha baik / membina
– dilakukan bersama
7.3
Saling menghormati antara negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat
– menghargai hubungan
– memuliakan hubungan
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s